Serawak, Malaysia juga dikenali sebagai buni kenyalang besempena dengan nama Burung Engang (Burug Kenyalang) yang menjadi simbol negeri tersebut. Oleh kerana burung Enggang sememangnya istimewa kerana hanya mendiami kawasan hutan pergunungan tebal yang jauh daripada penempatan manusia.
Walaupun terdapat beberapa spesis burung enggang, namun yang paling menjadi tumpuan adalah enggang badak ‘rhinoceros hornbill’ (Buceros rhinoceros)
yang merupakan burung terbesar dalam kumpulan ini. Saiz enggang badak
dewasa boleh mencapai kepada 91 – 122 cm (36 – 48 in) dengan berat
antara 2 – 3 kg (4.4 – 6.6 lb). Namun begitu engggang badak bukanlah
spesis yang hanya terdapat di Borneo kerana ia juga turut mendiami
kepulauan Sumatera, Jawa, Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand.
Burung ini menjadi kebanggaan kebanyakan masyarakat di
Sarawak dengan menjadikan bulu-bulu burung ini sebagai sebahagian
peralatan hiasan mereka. Oleh kerana kawasan hutan yang luas di Sarawak,
maka jumlahnya adalah lebih tinggi di negeri ini.
Selain daripada burung kenyalang tersebut, bumi Sarawak
mempunyai keunikan tersendiri dengan keaslian muka buminya yang masih
lagi kekal tanpa penerokaan berlebihan. Sehubungan itu, Sarawak
mempunyai bilangan Taman Negara (National Park) yang jauh labih banyak
dari negeri-negeri yang lain di Malaysia. Setiap Taman Negara ini
mempunyai keunikan masing-masing yang merupakan tarikan utama Negeri
Sarawak sejak sekian lama.
Merupakan taman istimewa sebagai pusat pemuliharaan
Hidupan Liar – di mana haiwan-haiwan yang dibela secara haram
ditempatkan sebelum dilepaskan semula ke habitat mereka yang sebenar. Di
sini juga tarikan utamanya adalah Orang Utan, di mana ia dilepaskan di
dalam kawasan terebut.
Terletak kira-kira 20 km daripada Bandar Kuching, taman
ini mula di buka pada tahun 2000. Ia merupakan antara tarikan popular
bagi para pengunjung kerana lokasinya yang berhampiran dengan bandar
Kuching.
Wild Cave and Fairy Cave
Antara tarikan yang terletak berhampiran bandar Kuching juga merupakan gua yang dilengkapi dengan titian papan bagi memudahkan pengunjung melihat keunikan keadaan di dalam gua dimana keadaan stalactites dan stalagmites yang terbentuk melalui proses yang berkurun lamanya. Untuk menikmati pemandangan di dalam gua ini anda perlu menggunakan lampu suluh.
Taman Negara Bukit Lambir
Taman Negara Bukit Lambir merupakan antara kawasan yang
mempunyai kepelbagaian flora dan fauna yang terpaling padat di dunia
dengan keluasan 52 ha, daripada keseluruhan kawasannya iaitu 7,000 ha,
terdapat sekitar 1,050 spesis pokok yang berbeza di mana setiap satunya
menyokong kira-kira 1,200 spesis serangga.
Bagi yang meminati penjelajahan hutan pula bolehlah
menyusuri trek yang mencabar untuk pendakian Bukit Lambir dengan
ketinggian 465 meter yang memberikan anda pemandangan menarik keadaan
hutan sekelilingnya. Terdapat juga menara setinggi 22 meter untuk
memberikan anda lebih pengalaman dalam menghayati keunikan hidupan pada
aras tersebut samada tumbuhan ataupun burung dan serangga.
Seperti juga di mana-mana taman negara sekitar Sarawak,
di sini juga terdapat air terjun dan jeram yang boleh mengembalikan
kesegaran anda selepas penat menjelajahi hutan tebal taman ini.
Terletak kira-kira 30 minit dari Miri iaitu bandar kedua
terbesar di Sarawak, ia merupakan satu lagi taman negara yang mudah
dikunjungi. Samada anda ingin melawatinya dalam tempoh sehari atau
tinggal di kemudahan penginapan yang disediakan di pusat taman ini.
Similajau National Park
Similajau terletak 30 kilometer di Utara Bintulu. Ia
merupakan kawasan taman yang meliputi persekitaran pantai dengan hidupan
liar yang agak berbeza. Persisiran pantai taman ini merupakan pantai
landai dengan pasir yang kuning keemasan. Selain itu juga ia merupakan
kawasan perlindungan bagi buaya air masin yang biasanya akan
menghabiskan masa menjemur badan di bawah matahari. Penyu turut
menjadikan kawasan ini sebagai kawasan persinggahan mereka untuk
bertelur, selain daripada haiwan-haiwan lain seperti babi hutan, monyet
dan kera serta sekitar 185 spesis burung termasuk enggang dan helang
laut.
Similajau merupakan kawasan yang sesuai bagi peminat
pemerhati burung selain daripada haiwan-haiwan hutan yang lain.
Keindahan Similajau boleh dinikmati melalui pantai mahupun menggunakan
bot persiaran.
Batang Ai Hilton
Batang Ai Hilton
Taman yang merangkumi kawasan tasik buatan manusia
seperti juga Tasik Kenyir iaitu melalui pembinaan empangan hidro
elektrik. Kawasan ini juga menjadi kawasan penempatan orang-orang Iban
dengan rumah panjangnya.
Kawasan-kawasan penempatan orang Iban ini boleh
dikunjungi dengan menyusuri sungai daripda tasik tersebut. Selain
daripada menghabiskan masa di rumah panjang mereka, para pengunjung juga
mungkin berpeluang untuk bersama-sama dengan mereka menyusuri hutan dan
melihat suasana kehidupan Orang Utan.
Bagi pengunjung yang ingin menghabiskan masa di sini
juga boleh memilih untuk tinggal di hotel yang diselenggarakan oleh
syarikat perhotelan Hilton. Hotel yang menarik ini didirikan bercirikan
rumah panjang di Sarawak sememangnya menjanjikan keselesaan.
Loagan Bunut National Park
Loagan Bunut merupakan tasik terbesar di Sarawak dengan
keluasan 650 hektar. Ia adalah nama yang diberikan oleh orang-orang
Berawan untuk tasik tersebut. Keunikan tasik ini adalah ia akan hilang
sepenuhnya semasa musim kemarau yang kebiasaannya pada bulan Febuari
sehingga Mei atau Jun.
Semasa tasik ini kering pelbagai haiwan dapat dilihat
melewati kawasan berlumpur tasik ini termasuklah rusa, babi hutan,
kancil, juga monyet dan kera yang mendiami kawasan hutan taman negara
ini.
Orang-orang Berawan yang tinggal di persekitaran tasik
ini menjadikan tasik ini sebagai salah satu sumber bekalan penangkapan
ikan mereka. Menggunakan teknik yang dipanggil sebagai ‘selambau’ iaitu
dengan menyauk ikan yang berpindah masuk ke tasik ini setiap kali
berlaku perubahan paras pada air tasik.
Loagan Bunut terletak agak jauh ke pendalaman iaitu
kira-kira 130 kilometer daripada Bandar Miri dan memerlukan kenderaan
pacuan empat roda untuk sampai ke kawasan ini.
Taman Negara Mulu
Taman Negara Mulu merupakan sebahagian daripada kawasan
yang diisytiharkan sebagai Warisan Dunia UNESCO sebagai kawasan
semulajadi terindah menyediakan pelbagai pengalaman untuk diterokai
termasuk rangkaian gua terbesar, ‘rock climbing’, ‘jungle trekking’,
kayak, basikal lasak, jeram, juga penempatan penduduk asli yang masih
kekal.
Keunikan rangkaian gua di Taman Negara Mulu ini
antaranya adalah Sarawak Chamber dengan keluasan yang menakjubkan,
manakala Gua Rusa yang mempunyai laluan terbesar dan sungai terpanjang
di Asia Tenggara di dalam Clearwater Cave yang mencapai 108 kilometer.
Menjelang senja pula anda boleh menyaksikan jutaan
kelawar yang terbang bagaikan sungai keluar daripada Deer Cave dalam
perjalanan mereka keluar untuk mencari makanan.
Taman ini juga mempunyai flora dan fauna yang menarik
termasuklah 15 kawasan hutan yang berbeza. Mengandungi ribuan spesis
paku-pakis, kulat, lumut dan tumbuhan berbunga. Terdapat kira-kira 170
spesis orkid liar dan 10 spesis tumbuhan peiruk kera yang unik – dan
juga tumbuhan-tumbuhan yang mungkin masih belum ditemui.
Antara kawasan yang paling menarik di Mulu National Park
adalah Pinnacles yang terletak di Gunung Api yang terdiri daripada batu
kapur berbentuk meruncing dikelilingi oleh kawasan hutan.
Semasa anda menerokai taman ini anda mungkin berpeluang
untuk menemui sendiri masyarakat tempatan yang terdiri daripada Iban,
Berawan dan juga Penan yang masih mengamalkan hidup berpindah randah.
Gua Niah merupakan tempat yang paling popular menjadi
penempatan manusia sejak 40,000 tahun yang lalu melalui peninggalan
mereka yang terdapat di dalam gua tersebut. Ia merupakan kesan tinggalan
tertua yang dijumpai di Asia Tenggara.
Kesan-kesan tinggalan ini masih lagi terdapat di dalam
gua tersebut untuk memberi peluang kepada para pengunjung menyaksikan
sendiri keunikan tinggalan penempatan tertua ini. Gambar-gambar di
dinding gua juga keranda yang berbentuk perahu masih lagi dijaga dengan
baik bagi tatapan pengunjung.
Ia adalah 2 jam perjalanan daripada Miri ataupun Bintulu
kemudian melalui laluan papan menyusuri kawasan rendah di dalam hutan
yang kaya dengan pelbagai burung dan rama-rama. Terdapat juga laluan
menuju ke kawasan-kawasan lain termasuk penempatan orang-orang Iban.
Terdapat juga chalet-chalet dan asrama disediakan bagi
yang perlu bermalam di sini untuk menikmati pelbagai keunikan penghuni
hutan antaranya kelawar dan burung layang-layang yang pulang ke sarang.
Anda juga mungkin berpeluang menikmati malam dengan bercahayakan cahaya
bulan bersama bunyi-bunyian daripada penghuni hutan yang lain.
Begitulah sebahagian daripada keunikan yang boleh anda
nikmati daripada Taman-taman Negara yang terdapat di Sarawak atau Bumi
Kenyalang ini. Sebagai negeri terbesar di Malaysia yang masih lagi
mengekalkan keaslian sebahagian besar daripada kawasannya dalam bentuk
semulajadi. Namun daripada keaslian inilah yang menarik ramai pengunjung
untuk merasai sendiri pengalaman, atau meneroka rahsia alam yang masih
belum lagi diketahui umum. Bersama kita hargai keunikan ini untuk
dimanfaatkan dengan sebaiknya.
sumber rujukan :
sumber rujukan :
www.myrokan.com/2015/04/keunikan-bumi-kenyalang-sarawak.html
No comments:
Post a Comment