Friday, 17 May 2019

TAJUK 4 PENGURUSAN MURID


RUMUSAN PENGURUSAN MURID

Umumnya, pengurusan bermaksud  proses sosial yang dibentuk untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campur tangan dan  penyertaan orang lain  ke arah pencapaian yang lebih berkesan terhadap  sesuatu objektif  yang  telah  ditetapkan. Manakala,  murid pula bermaksud seseorang yang menuntut ilmu, orang atau anak yang sedang belajar atau berguru di sesebuah sekolah. Pengurusan didefinisikan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan  output (perkhidmatan)  yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai.

Memotivasikan murid merupakan bantuan yang dilakukan melalui guru terhadap muridnya dengan melafazkan kata-kata semangat kepada murid untuk sentiasa bersungguh-sungguh dalam mencapai cita-cita mereka. Motivasi pula ialah penggerak yang melibatkan proses  membangkit, mengekal dan mengawal minat (Bernard, H.W. 1965 dalam Kamaruddin Hussin, 1993). Motivasi  sangat  penting  dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  kerana ia dapat menentukan  hala tuju  dan  keberkesanannya. Terdapat dua jenis peneguhan motivasi iaitu sama ada positif atau negatif. Peneguhan positif adalah mendorong para murid untuk mencapai  matlamat dan hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh guru. Misalnya, memberi pujian  atau  penghargaan  kepada murid dengan satu gelaran yang baik. Manakala, peneguhan negatif pula, dapat membantu mengelakkan tingkah laku negatif yang boleh menghalang kelicinan  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  seperti mengasingkan tempat duduk murid yang  mempunyai  masalah dalam tingkah laku.

Kaedah dalam menguruskan rekod murid. Sistem maklumat murid berkomputer
Sistem  ini diperkenalkan  pada  tahun  2000. Ia  mengandungi  maklumat senarai rekod kesihatan  murid,  rekod  rancangn  makanan  tambahan  (RMT), rekod  skim pinjaman buku teks, rekod  kedatangan  harian, dan  kemudahan  mendaftar untuk murid. Dikenali sebagai sistem maklumat murid (SMM). Selain itu, Pentaksiran berasaskan sekolah Pentaksiran berasaskan  sekolah  dikendalikan  oleh  pihak  sekolah dan  pentaksiran  dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran berasaskan sekolah perlu dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia agar dapat meningkatkan  kebolehpercayaan dan  kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan.

Seterusnya, Sistem laporan adab belajar. Sistem laporan dilaksanakan di sekolah pada bulan Januari  2004 ekoran  daripada  cadangan  Kementerian Pendidikan (2003). Ia bertujuan untuk menilai  murid  bukan  sahaja  dari segi pencapaian  akademik  malah  mereka perlu dinilai secara keseluruhan  iaitu  merangkumi  aspek  perkembangan emosi dan  tingkah laku. Sebagai  medium  untuk  melaporkan  dengan  lebih  komprehensif  berdasarkan  penilaian yang dilakukan  secara  menyeluruh  terhadap setiap murid. Penilaian ini dilakukan oleh guru kelas dan guru mata pelajaran.

Tuntasnya, pengurusan rekod murid merupakan sesuatu yang amat penting dalam sesebuah sekolah kerana melalui pengurusan rekod ini sesuatu  pentadbiran di sekolah dapat berjalan dengan  lancar. Tambahan pula, setiap  komuniti  sekolah memainkan peranan yang penting dalam penjagaan rekod murid. Hal ini kerana, rekod murid merupakan cara terbaik dalam membentuk  sahsiah  murid ke arah yang  lebih baik dan mampu meningkatkan prestasi akademik mereka dengan lebih cemerlang serta berkesan. Oleh itu, para guru dan ibu bapa perlulah  bersama-sama bertanggungjawab dalam  membantu  pihak  sekolah dalam menguruskan  rekod  pengurusan  murid. Pengurusan  murid merupakan satu bidang yang penting disekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya si sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan  prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Penilaian yang dilaksanakan  dengan sempurna dapat membantu  murid  mengatasi  masalah  pembelajaran yang telah di kenal pasti pada peringkat awal. Melalui tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu  murid dalam meningkatkan  kemajuan dalam pembelajaran.


PETA MINDA




BAHAN TAMBAHAN






KERATAN AKHBAR

RUJUKAN

Edward L. Thorndike. (1913). The Original Nature of Man. Columbia: Teachers College, Columbia University, New York.
Hafizzul. (2018, November 14). BAB 5: PENGURUSAN MURID. Retrieved from http://mrhafizzul.blogspot.com/2018/11/nanti-baca-lerr-bab-5-pengurusan-murid.html
Mohd Zaaba, & Zuraida i. (2000). Psikologi Pembelajaran dan Personaliti. Malaysia: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd

No comments:

Post a Comment

TAJUK 4 PENGURUSAN MURID

RUMUSAN PENGURUSAN MURID Umumnya, pengurusan bermaksud   proses sosial yang dibentuk untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campur...