Friday, 17 May 2019

TAJUK 4 PENGURUSAN MURID


RUMUSAN PENGURUSAN MURID

Umumnya, pengurusan bermaksud  proses sosial yang dibentuk untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campur tangan dan  penyertaan orang lain  ke arah pencapaian yang lebih berkesan terhadap  sesuatu objektif  yang  telah  ditetapkan. Manakala,  murid pula bermaksud seseorang yang menuntut ilmu, orang atau anak yang sedang belajar atau berguru di sesebuah sekolah. Pengurusan didefinisikan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan  output (perkhidmatan)  yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai.

Memotivasikan murid merupakan bantuan yang dilakukan melalui guru terhadap muridnya dengan melafazkan kata-kata semangat kepada murid untuk sentiasa bersungguh-sungguh dalam mencapai cita-cita mereka. Motivasi pula ialah penggerak yang melibatkan proses  membangkit, mengekal dan mengawal minat (Bernard, H.W. 1965 dalam Kamaruddin Hussin, 1993). Motivasi  sangat  penting  dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  kerana ia dapat menentukan  hala tuju  dan  keberkesanannya. Terdapat dua jenis peneguhan motivasi iaitu sama ada positif atau negatif. Peneguhan positif adalah mendorong para murid untuk mencapai  matlamat dan hasil pembelajaran yang ditetapkan oleh guru. Misalnya, memberi pujian  atau  penghargaan  kepada murid dengan satu gelaran yang baik. Manakala, peneguhan negatif pula, dapat membantu mengelakkan tingkah laku negatif yang boleh menghalang kelicinan  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  seperti mengasingkan tempat duduk murid yang  mempunyai  masalah dalam tingkah laku.

Kaedah dalam menguruskan rekod murid. Sistem maklumat murid berkomputer
Sistem  ini diperkenalkan  pada  tahun  2000. Ia  mengandungi  maklumat senarai rekod kesihatan  murid,  rekod  rancangn  makanan  tambahan  (RMT), rekod  skim pinjaman buku teks, rekod  kedatangan  harian, dan  kemudahan  mendaftar untuk murid. Dikenali sebagai sistem maklumat murid (SMM). Selain itu, Pentaksiran berasaskan sekolah Pentaksiran berasaskan  sekolah  dikendalikan  oleh  pihak  sekolah dan  pentaksiran  dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran berasaskan sekolah perlu dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia agar dapat meningkatkan  kebolehpercayaan dan  kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan.

Seterusnya, Sistem laporan adab belajar. Sistem laporan dilaksanakan di sekolah pada bulan Januari  2004 ekoran  daripada  cadangan  Kementerian Pendidikan (2003). Ia bertujuan untuk menilai  murid  bukan  sahaja  dari segi pencapaian  akademik  malah  mereka perlu dinilai secara keseluruhan  iaitu  merangkumi  aspek  perkembangan emosi dan  tingkah laku. Sebagai  medium  untuk  melaporkan  dengan  lebih  komprehensif  berdasarkan  penilaian yang dilakukan  secara  menyeluruh  terhadap setiap murid. Penilaian ini dilakukan oleh guru kelas dan guru mata pelajaran.

Tuntasnya, pengurusan rekod murid merupakan sesuatu yang amat penting dalam sesebuah sekolah kerana melalui pengurusan rekod ini sesuatu  pentadbiran di sekolah dapat berjalan dengan  lancar. Tambahan pula, setiap  komuniti  sekolah memainkan peranan yang penting dalam penjagaan rekod murid. Hal ini kerana, rekod murid merupakan cara terbaik dalam membentuk  sahsiah  murid ke arah yang  lebih baik dan mampu meningkatkan prestasi akademik mereka dengan lebih cemerlang serta berkesan. Oleh itu, para guru dan ibu bapa perlulah  bersama-sama bertanggungjawab dalam  membantu  pihak  sekolah dalam menguruskan  rekod  pengurusan  murid. Pengurusan  murid merupakan satu bidang yang penting disekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya si sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan  prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Penilaian yang dilaksanakan  dengan sempurna dapat membantu  murid  mengatasi  masalah  pembelajaran yang telah di kenal pasti pada peringkat awal. Melalui tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu  murid dalam meningkatkan  kemajuan dalam pembelajaran.


PETA MINDA




BAHAN TAMBAHAN






KERATAN AKHBAR

RUJUKAN

Edward L. Thorndike. (1913). The Original Nature of Man. Columbia: Teachers College, Columbia University, New York.
Hafizzul. (2018, November 14). BAB 5: PENGURUSAN MURID. Retrieved from http://mrhafizzul.blogspot.com/2018/11/nanti-baca-lerr-bab-5-pengurusan-murid.html
Mohd Zaaba, & Zuraida i. (2000). Psikologi Pembelajaran dan Personaliti. Malaysia: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd

Monday, 6 May 2019

TAJUK 3 ORGANISASI DAN KEPIMPINAN


RUMUSAN

Menurut dewan bahasa kepimpinan bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tertentu. Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku  manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi dan  membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri.

Seterusnya, organisasi bermaksud keupayaan memimpin melalui teladan (Dewan Bahasa). Organisasi yang baik mempunyai orentasi visi dan misi ke depan. Organisasi sekolah  membantu pengurusan  untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah, disamping sistem di sekolah lebih tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif. Organisasi dan kepimpinan di sekolah  melibatkan pengetua, penolong kanan, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum, guru bimbingan dan kaunseling, guru kelas, guru serta murid.  

Terdapat tiga isi penting yang saya pelajari daripada topik ini. Antaranya adalah persediaan sebelum  mengajar. Antara perkara yang perlu dittikberatkan sebelum masuk ke dalam kelas mestilah ilmu, peralatan, ruang dan  persediaan untuk mengajar didalam kelas. Sebelum guru masuk ke kelas mereka mestilah memastikan bahawa mereka mempunyai persediaan untuk mengawal pelajar didalam kelas.

Seterusnya adalah  buku rekod mengajar. Sebelum aktiviti didalam kelas dijalankan guru mestilah merekod didalam buku rekod . Setiap guru mestilah merekod dan menulis segala aktiviti  yang  dijalankan  didalam kelas. Selain itu,  guru juga mesti  merekod segala masalah dan kebaikan yang berjaya dilaksanakan didalam kelas.

Akhir sekali, perlaksanaan P & P didalam kelas mestilah mempunyai 3 perkara penting. Antaranya adalah  set induksi, penyampaian isi dan penutup. Terdapat beberapa perkara yang penting  dalam  set induksi, antaranya adalah  guru  perlu  merancang  permulaan  pengajaran yang baik yang dapat menarik perhatian dan minat murid. Guru juga mengaitkan  pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Selepas itu, penyampaian isi. Guru menyampaikan  isi  kandungan sebenar kepada murid. Guru  perlu  merancang beberapa langkah yang berurutan, disusun dengan baik dengan  mencatat anggaran  masa (tempoh) yang sesuai. Seterusnya adalah penutup. Penutup boleh dilakukan melalui suatu rumusan atau kesimpulan. Guru haruslah  memberikan  satu kesimpulan atau rumusan mengikut subjek yang diajar pada masa itu.


PETA MINDA

BAHAN TAMBAHAN






RUJUKAN

A.L.Ramaiah. (1999). Kepimpinan Pendidikan-Cabaran Masa Kini(edisi baru). Petaling Jaya:  IBS Buku Sdn. Bhd.

Moejiano Imam. (2002). Kepimpinan dan Keorganisasian. Jogakarta: UII Press.
Shahril @ Charil Marzuki. (2001). Ciri-ciri kepimpinan pengetua / guru besar berkesan yang dapat menghadapi cabaran dan harapan pada abad ke-21 ini. Pemimpin, 1(1).





TAJUK 4 PENGURUSAN MURID

RUMUSAN PENGURUSAN MURID Umumnya, pengurusan bermaksud   proses sosial yang dibentuk untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campur...