RUMUSAN
Menurut dewan bahasa kepimpinan bermaksud kesatuan yang
terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tertentu.
Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang,
mempengaruhi dan membimbing seseorang
demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri.
Seterusnya, organisasi bermaksud keupayaan memimpin melalui
teladan (Dewan Bahasa). Organisasi yang baik mempunyai orentasi visi dan misi
ke depan. Organisasi sekolah membantu
pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan
yang efektif di sekolah, disamping sistem di sekolah lebih tersusun untuk
mewujudkan suasana kondusif. Organisasi dan kepimpinan di sekolah melibatkan pengetua, penolong kanan, penolong
kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum, guru bimbingan dan
kaunseling, guru kelas, guru serta murid.
Terdapat tiga
isi penting yang saya pelajari daripada topik ini. Antaranya adalah persediaan
sebelum mengajar. Antara perkara yang
perlu dittikberatkan sebelum masuk ke dalam kelas mestilah ilmu, peralatan,
ruang dan persediaan untuk mengajar didalam kelas. Sebelum guru
masuk ke kelas mereka mestilah memastikan bahawa mereka mempunyai persediaan
untuk mengawal pelajar didalam kelas.
Seterusnya
adalah buku rekod mengajar. Sebelum
aktiviti didalam kelas dijalankan guru mestilah merekod didalam buku rekod .
Setiap guru mestilah merekod dan menulis segala aktiviti yang dijalankan
didalam kelas. Selain itu, guru juga mesti merekod segala masalah dan kebaikan yang
berjaya dilaksanakan didalam kelas.
Akhir sekali, perlaksanaan P & P
didalam kelas mestilah mempunyai 3 perkara penting. Antaranya adalah set induksi, penyampaian isi dan penutup.
Terdapat beberapa perkara yang penting dalam set induksi, antaranya adalah guru perlu merancang
permulaan pengajaran yang baik yang dapat menarik
perhatian dan minat murid. Guru juga mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan
sedia ada murid. Selepas itu, penyampaian isi. Guru menyampaikan
isi kandungan sebenar kepada murid. Guru perlu merancang beberapa langkah yang berurutan,
disusun dengan baik dengan mencatat
anggaran masa (tempoh) yang sesuai.
Seterusnya adalah penutup. Penutup boleh dilakukan melalui suatu rumusan
atau kesimpulan. Guru haruslah memberikan
satu kesimpulan atau rumusan mengikut subjek
yang diajar pada masa itu.
PETA MINDA
BAHAN TAMBAHAN
RUJUKAN
A.L.Ramaiah. (1999). Kepimpinan
Pendidikan-Cabaran Masa Kini(edisi baru). Petaling Jaya: IBS Buku Sdn. Bhd.
Moejiano Imam. (2002). Kepimpinan dan
Keorganisasian. Jogakarta: UII Press.
Shahril @ Charil Marzuki. (2001). Ciri-ciri kepimpinan
pengetua / guru besar berkesan yang dapat menghadapi cabaran dan harapan pada
abad ke-21 ini. Pemimpin, 1(1).
No comments:
Post a Comment