Saturday 1 April 2017

Muhasabah hati

'Kita akan diuji dan terus diuji III ' 
 
'‘Subhanallah…Maha Suci-Mu Ya Allah…’ 
 
 

Hati kembali beristighfar.Saya mencuba. Sentiasa ingin mencuba.Bertenanglah duhai hati. Bertenanglah duhai jiwa.Itulah yang sering saya bisikkan pada diri.Di saat hati terasa amat goyah, saya pohon DIA tidak menggoyahkan pegangan ini padaNya.Walau apapun yang akan terjadi, saya tetap ingin sentiasa berpegang teguh pada ikatan ini. Ikatan aqidah yang terpatri, bukan semudah-mudah untuk dilemahkan dengan bisikan-bisikan emosi.Biarpun pada awalnya diri tidak mampu menahan rasa-rasa yang ada, biarpun cuba menahan air mata ternyata ia gugur juga.Pertama, memang saya menangis kerana sedih. Sedih dengan dugaan yang datang itu, tidak mampu saya hadapi dengan hati yang bertenang.
 
Kemudian saya menangis lagi. Kali kedua, bukan menangis kerana sedih lagi. Tetapi menangis kerana terharu.Kerana tatkala diri bermuhasabah kembali, air mata keharuan yang mengalir kerana tersedar DIA sedang menujukkan rasa cintaNya pada diri.
Cuma diri yang ingin memilih mahu bersabar atau tidak?
Adakah ingin menerima huluran cinta itu dengan hati yang memberontak?

Sedangkan DIA sedang menghulur cinta.ya.Cinta agungNya.Cuba tanya kembali, bahagia itu di mana sebenarnya? Bahagia yang hakiki itu ada di dalam jiwa.Dekat dengan diri, sentuhlah dadamu sendiri, maka engkau akan merasakan betapa ia cukup dekat. Bahagia itu akan hadir bila kita bersyukur dan belajar menerima apa adanya.Cuba menerima segala aturanNya. Maka kita sebenarnya sedang menyentuh cahaya bahagia..
 
Biarlah air mata yang jatuh itu moga dapat menghapuskan rasa gelisah di jiwa. Semoga air mata yang mengalir itulah tanda kekerdilan kita sebagai hambaNya.Yang selayaknya untuk diuji dan diuji dengan pelbagai dimensi. Namun, ketahuilah sesungguhnya Allah itu Amat Adil.

Tidak akan diberikan ujian itu melainkan DIA Maha Tahu kita mampu memikulnya. Tidak akan ditimpakan ujian itu, melainkan DIA Maha Tahu kita perlukan ujian itu untuk kita terus menjadi hambaNya yang kuat. Kuat dari sudut iman dan ihsan.

Kerana setiap ujian yang hadir, adalah suatu rahmat. Tiada ujian yang buruk, melainkan semuanya adalah ketentuan yang terbaik dari Yang Esa.

Biarpun yang diuji itu ternampak buruk, dan tersangat buruk pada pandangan mata zahir manusia, tetapi andai dilihat dari tembusan mata hati ternyata ianya adalah hikmah dari yang Maha Kuasa.

Hikmah itu tidak akan nampak andai tidak diselak. Hikmah itu tidak akan terzahir andai hati tidak dididik untuk menerima segala ketentuan dan bersyukur dengan pemberiannya.

Benar. Tidak semudah kata bicara. Tidak semudah lafaz yang dikata.Rasa berat dan perit itu hanya akan dapat dirasa oleh orang yang merasa. Tetapi cubalah ‘menelan’ rasa itu dengan senyuman. 

Meskipun kelat, meskipun pahit, tetapi pasti ada manis yang akan terganti dari rasa pahit itu. Rasa manis dan nikmat itu akan datang di sebalik semua kepahitan. 

Pelangi pasti akan muncul setelah ribut taufan yang melanda. Begitu jua kehidupan ini pasti akan ada bahagia di sebalik semua duka…Yakinlah.!


 “Kita akan diuji dan terus diuji, teruslah bersabar duhai pengejar cinta Ilahi.Makin Allah uji, makin Allah mencintai.Kata cinta kepadaNya, maka buktikanlah cinta itu dengan akur pada setiap takdiranNya”

Muhasabah hati

  'Kita akan diuji dan terus diuji II ' 


 
Diri ini cuba untuk bertenang, tatkala ujianNya datang bertandang.CintaNya datang tiba-tiba, menghulur dengan sapaan yang membuatkanku kehilangan kata-kata untuk membalas sapaan cintaNya.
Ujian tanda Allah cinta, tetapi kenapa huluran cintaNya pahit, tidak semanis yang kita pintakan? Tidak seperti apa yang kita inginkan?Kadang jadi bingung dan tertanya-tanya, kenapa harus diuji dengan sedemikian rupa? Kadang diri tidak tertanggung beban rasa, sehingga air mata jatuh jua dalam menahan sebak di dada.

‘Salahkah kita menangis?

Salahkah kita merasa hiba?’

Mungkin ada yang bertanya sedemikian.Kita cuma hamba biasa, bukan malaikat. Kita punyai rasa itu.
Rasa sedih, rasa kecewa, rasa hampa, rasa putus asa kerana sememangnya fitrah kita sebagai manusia dibekalkan rasa-rasa itu.Allah swt telah  anugerahkan rasa itu pada manusia. Yang tinggal cuma bagaimana untuk kita mengawal semua rasa itu.

Tidak salah kita menangis.Menangis bukan tanda kita lemah. Menangis bukan tanda kita mengalah. Menangis adalah tanda kita mengakui kekuasaanNya. Mengakui segala takdiranNya. Antara hati ingin dididik menerima atau tidak, kita perlukan tangisan itu. Untuk menenangkan hati yang gundah, untuk menenangkan emosi yang bergocak gelisah.Mungkin ada yang masih mampu tersenyum tatkala diuji.

Senyum atau tangis, semuanya adaptasi rasa yang terlahir tika diuji.Andai mampu tersenyum, senyumlah dengan sepenuh keikhlasan dalam kesabaran. Andai ingin menangis, tangislah dalam ratapan tangis itu dalam sujud kepadaNya.Walauapapun ujian yang diberikan, cubalah untuk bertabah. Cubalah untuk menjadi kuat, meskipun hati terasa amat rapuh dan goyah…

Firman Allah SWT: “(Allah) yang menciptakan kematian dan kehidupan (di atas dunia ini), buat menguji siapakah dalam kalangan kamu yang lebih baik amal perbuatannya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (al-Mulk: 2)

Muhasabah hati

 'Kita akan diuji dan terus diuji I '




Tika pena berlari di atas sebuah kanvas kosong, terasa hati ini seperti itulah jua.Kosong.
Kosong bukan bermakna tidak ada.Bukan pula bermakna tidak sedar.Diri ini masih tersedar.Cuma ingin dikosongkan fikiran daripada semua masalah-masalah yang datang menjengah.Tanpa henti. Ujian itu akan terus mengelilingi.Sungguh, hidup ini tidak akan pernah sunyi daripada namanya ujian.Kerana ujian itu perlu.Kerana ujian itu pasti.Kerana manusia itu perlukan ujian.Biarpun diri tidak mampu, biarpun hati tidak mahu tetapi ALLAH Maha Tahu kita perlu diuji.Untuk setiap kata yang dilafazkan. Apakah ia benar seperti yang dikata-katakan?Untuk setiap perbuatan yang diamalkan. Apakah ia sudah mencapai darjah keikhlasan?
Semuanya perlu diuji….

 “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (al-Ankabut: 2-3)

Wednesday 29 March 2017

ADOBE PHOTOSHOP 7.0


Assalamualaikum sebagai pembuka bicara , finally siap juga assignment sains komputer untuk sem 2 dengan mengedit gambar menggunakan adobe photoshop . Alhamdulillah untuk pertama kalinya berjaya edit gambar sendiri menggunakan ADOBE PHOTOSHOP 7.0 , sebelum ini pernah menggunakan Adobe photoshop , lebih kurang 5 tahun yang lalu , waktu dibangku sekolah menengah . Semestinya pembaca yang singgah di blog saya tertanya-tanya macam mana nak edit menggunakan adobe photoshop , nak buat gambar nampak real lagi-lagi background belakang dekat tempat yang teringin sangat nak pergi melancong tapi belum diizinkan , belum ada rezeki kan ? macam saya , seorang yang suka melancong tapi hasil dari titik peluh sendiri , maksudnya dah bekerja ada duit sendiri dan bawa satu keluarga pergi melancong , baru ada rasa seronok yang tak boleh digambarkan sebab apa ? sebab kita mampu bawa satu keluarga pergi , selama ini mereka dah banyak berkorban untuk kita untuk melihat kita berjaya :) . okay lets start , how to use adobe photoshop , jom !


Cara menggunakan adobe photoshop 7.0 

 Langkah-langkahnya adalah:

1.     Buka Adobe PhotoShop 7.0 yang ada di komputer anda.Cari gambar galon dan lampu dengan cara : pilih menu file > open > pilih gambar




3.      Ubah nama layer gambar lampu menjadi “lampu” dan gambar galon menjadi “galon” dengan cara double klik pada layer. apa itu galon ? saya jugak enggak tahu HAHAHA ( saya cuma copy paste dari blog lain )


 Buka dokumen baru untuk menyatukan gambar galon dan lampu dengan cara : buka menu file > new.
Seleksi gambar lampu dengan cara: klik pada lasso tool  > magnetic lasso tool, lalu seleksi gambar lampu bagian dalamnya saja.  


Setelah diseleksi
 Pindahkan gambar lampu yang telah diseleksi ( mungkin maksudnya crop kan menggunakan lasso tool ) ke dokumen yang baru dengan meng-gunakan move tool.


Setelah dipindahkan




     seleksi gambar galon sama seperti saat menyeleksi lampu > pindahkan dengan menggunakan move tool.




Setelah dipindahkan

   satukan gambar galon dan lampu dengan move tool.

Setelah disatukan


     untuk menyempurnakan gambar ubah Opacity galonnya menjadi 73%.


Setelah diubah Opacity nya




setelah selesai simpan gambar dengan cara : buka menu file > save as > ubah nama sesuai keinginan > ubah ekstensinya menjadi JPEG > OK/SAVE.






OKAY SIAP , selamat mencuba .


Gambar di dalam Taj Mahal


Saturday 25 March 2017

Cara mudah lajukan celcom broadband

Cara mudah lajukan celcom broadband

1. Download file ini.
2. Selepas download file tersebut. sila extract pakai winrar.
3. klik kanan pada fail “lajukancelcombb.bat”
4. pilih edit.
5. Tukarkan “10.177.52.103” tersebut ke ip saudara.
6. Untuk mengetahui ip saudara secara tepat. sila klik start > run … taip cmd > enter … akan keluar command prompt … taip ipconfig/all atau ipconfig





7. Sila lihat contoh gambar di bawah untuk mengetahui ip saudara. (Lihat pada IPv4 Address)



 8. Sila double click pada fail “lajukancelcombb.bat” untuk mulakan.


9. Jika keluar paparan seperti di bawah, maka anda telah berjaya lajukan celcom broadband anda.


10. Anda juga boleh gunakan teknik ini untuk lajukan streamyx juga.
11. Untuk merasai lebih kelajuan internet, hanya run fail “lajukancelcombb.bat” sebanyak mungkin.



12. Perlu diingat, anda kena ulangi langkah-langkah di atas (Ping Of Death) ini jika telah disconnect talian broadband anda. Hal ini kerana IP Celcom Broadband akan sentiasa berubah-ubah.
13. Tiada jaminan bahawa langkah-langkah di atas (Ping Of Death) ini boleh melajukan Celcom Broadband anda secara 100%. Soal kelajuan bergantung kepada kekuatan rangkaian 3G dan HSDPA di kawasan dan tempat tinggal anda.
14. Untuk pengetahuan anda, langkah-langkah di atas (Ping Of Death) ini amat berkesan jika dilaksanakan pada talian streamyx memandangkan streamyx menggunakan fixed line dan rangkaiannya lebih stabil dan laju berbanding dengan broadband mudah alih seperti Celcom Broadband.
15. Jika masih ada sebarang masalah sila hubungi saya.
16. Sekian, selamat mencuba.


sumber : http://www.taufiksm.com

Nikmat Kurniaan Allah

Akal,Hati dan Pancaindera Nikmat Kurniaan Allah S.W.T


walaqad dzara/naa lijahannama katsiiran mina aljinni waal-insi lahum quluubun laa yafqahuuna bihaa walahum a'yunun laa yubshiruuna bihaa walahum aatsaanun laa yasma'uuna bihaa ulaa-ika kaal-an'aami bal hum adhallu ulaa-ika humu alghaafiluuna

Maksudnya :

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. Kedatangan azab Allah kepada orang-orang yang mendustakan ayat-ayat nya dengan cara istidraj [584].
iaitu: dengan membiarkan orang itu bergelimang dalam kesesatannya, hingga orang itu tidak sedar bahawa dia didekatkan secara berangsur-angsur kepada kebinasaan.




Isi-isi penting yang terkandung di dalam ayat.

1. Menjelaskan tentang penghuni neraka jahannam terdiri daripada jin dan manusia yang menyalahgunakan nikmat pancaindera.

2. Menjelaskan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah SWT mengurniakan empat nikmat besar kepada manusia.

3. Manusia dianggap makhluk yang lalai kerana:-

  • Manusia dikurniakan hati , mata dan telinga tetapi tidak menggunakannya dengan baik.
  • Tidak mahu mengenal Allah sebagai pencipta
  • Tidak mahu melaksanakan tanggungjawab sebaga hamba Allah SWT.
  • Manusia tidak menggunakan akal , hati , mata dan telinga dengan jalan yang diredhai dianggap sama seperti binatang bahkan lebih dahsyat lagi.



Fungsi pancaindera yang digunakan dengan cara yang betul.

Akal - berfikir tentang sesuatu perkara
  • berfikir tentang kekuasaan Allah SWT
  • berfikir tentang keajaiban ciptaan Allah SWT
  • berfikir tentang cara memanfaatkan ciptaan Allah SWT
  • membezakan antara yang baik dan yang buruk

Hati - keinginan untuk mengetahui tentang sesuatu perkara

  • memahami maksud keterangan ayat-ayat Allah SWT
  • memahami tentang kebaikkan agama Allah SWT
  • memahami kebaikkan suruhan dan larangan Allah SWT


Mata - melihat sesuatu yang ada disekeliling kita

  • melihat ciptaan-ciptaan Allah yang tiada bandingannya
  • memerhati tanda-tanda kekuasaan Allah SWT
  • melihat dan memahami ayat-ayat suci al-Quran

Telinga - mendengar sesuatu bunyi disekeliling kita

  • mendengar ayat-ayat al-Quran
  • mendengar ajaran-ajaran agama
  • mendengar nasihat-nasihat agama

Penyalahgunaan fungsi pancaindera

Mata - memandang sesuatu perkara yang ditegah oleh Allah SWT seperti melihat aurat perempuan dan melihat gambar-gambar lucah.

Telinga – mendengar sesuatu perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti mendengar orang mengumpat dan mendengar lagu-lagu yang melalaikan.

Akal – memikirkan sesuatu yang tidak baik seperti fikir bagaimana cara untuk menyebarkan fitnah atau ajaran sesat.

Hati - tidak mahu memahami kebenaran hukum-hukum Islam.

Kepentingan pancaindera


Membuktikan kebenaran dan kekuasaan Allah SWT Sebagai keistimewaan manusia Supaya manusia dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai Khalifah 
Allah dengan sempurna. Supaya manusia sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat tersebut Dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.


Faktor-faktor yang boleh menyesatkan manusia

  • Iman yang cetek
  • Tidak mahu mempelajari ilmu-ilmu agama
  • Tidak mahu mendengar ceramah-ceramah agama
  • Lebih pentingkan perkara-perkara lain daripada perkara yang berkaitan agama
  • Terikut-ikut dengan golongan yang tidak beriman kepada Allah SWT.

Kesan buruk salahguna nikmat pancaindera anugerah Allah S.W.T.


  • Sangup melakukan pelbagai jenayah seperti jenayah kolar putih , pengklonan manusia.
  • Menghalalkan segala cara untuk mencapai matlamat seperti menindas golongan lemah untuk kepentingan sendiri.
  • lalai mengingati Allah SWT kerana memberi tumpuan untuk memenuhi kehendak hawa nafsu seperti pangkat , kekayaan dan hiburan.
  • Hidup dalam kesesatan seperti melakukan Syirik dan Khurafat.
  • Tidak dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan

sumber : http://amadbardaq.blogspot.my/2012/12/akalhati-dan-pancaindera-nikmat.html

Bab Satu

Assalamualaikum selamat tengahari , okay harini saya nak share satu karya ( i dont know menarik ke tak , but you gais boleh komen . thanks spend your time to read this karya dan jangan click copy ) #CungkilBakat

BAB 1
   
      " Aaisyah !!! Ya Allah budak ni dah pukul 8 pagi ni. Awak ada kelaskan pagi ni. Bangun!. Matahari dah tegak atas kepala ni " bebel Mama kepada Aaisyah . " Sekejap Ma , lima minit lagi " beritahu Aaisyah . " Haa ! Banyaklah kau lima minit , bangun sekarang. Anak dara apa bangun lewat ni " , " yela Ma , orang bangunlah ni , tak payahlah membebel " Aaisyah bingkas bangun menuju ke bilik mandi. Hampir 10 minit Aaisyah berada di bilik mandi. Akhirnya baru dia keluar dari bilik mandi. Dia bersiap dengan segera lalu turun ke bawah untuk menikmati sarapan yang disediakan oleh Mama tersayang.

      " Ma,sedapnya bau. Ni Aaisyah sayang Mama ni ", puji Aaisyah kepada Mama , " Amboi, kalau bab puji ni bagi je dekat kamu, mesti lulus " beritahu Mama kepada Aaisyah. " Hahahahaha , you're so funny Ma, i love you " , " Mama pun sayang kamu, Dah cepat makan nanti lambat pula masuk kelas " bebel Mama lagi . " Ooii budak , asyik bangun lambat je , macam mana la nak jadi isteri orang nanti " beritahu abang kepada Aaisyah. " Halah abang, dia pun sama  cakap orang " balas Aaisyah , " Abang ni lain , abang lelaki , awak tu perempuan.Perempuan kena bangun awal , nanti dah kahwin macam mana nak jaga suami ", bebel Abang lagi . "Kenapa tiba-tiba bicara soal kahwin.Aaisyah muda lagi la.Aaisyah taknak kahwin, Abang yang kena kahwin.Abang tu dah tua, Hahahahaa " gelak besar Aaisyah apabila dapat kenakan abang kesayangannya itu. " Oklah Mama,Abang, Aaisyah nak minta diri dulu.Nak pergi kelas dulu,Bye Ma, Bye Abang " , sambung Aaisyah lagi. " Ok bye sayang , hati-hati memandu " pesan mama sambil cium pipi anak bongsunya.


* Di kolej *

     "Aaisyah!" jerit seseorang dari belakang. Aaisyah menoleh ke belakang simbil kerutan di dahinya. Aaisyah cuba menperingati lelaki yang berbadan sado di depannya. " Oh ya,lelaki sengal ni la yang langgar aku tadi " bisik hati Aaisyah . " Awak tertinggal kad kolej tadi " beritahu lelaki itu. " Oh,terima kasih encik , Err " kata Aaisyah . " Faris, just called me Encik Faris. By the way, saya nak minta maaf pasal kejadian itu.Saya tak sengaja " bebel Faris lagi. " Haa,ok. Saya tak ambil hati pun atas kejadian tadi dan lagi satu macam mana awak boleh mengenali nama saya ?" tanya Aaisyah kepada Faris. " ini " sambil menunjukkan kad kolej Aaisyah yang dipegangnya tadi . " Ohh, saya minta diri dulu ye, saya dah lewat nak masuk kelas ni " ucap Aaisyah. Faris hanya mengangguk lalu tersenyum.Dia memerhati gerak geri Aaisyah. Hatinya bagaikan terpaut dengan wajah Aaisyah.

     " Err,maaf prof.Ada kejadian tadi " beritahu Aaisyah. Prof Amzar memandang Aaisyah seperti ingin makan. Dia memang tidak suka ada pelajar lewat datang ke kelasnya. " Sekarang pukul berapa ? Cuba lihat jam awak " marah prof Amzar. " Pukul 8.45 prof " jawab Aaisyah. " 45 minit Aaisyah. Awak lewat datang ke kelas saya selama 45 minit. Awak fikir kolej ni kolej bapa awak " marah lagi Prof Amzar kepada Aaisyah. Aaisyah merasa wajahnya kini panas akibat dek dimarah oleh Prof Amzar. Dia berasa malu dengan rakan-rakannya. Secara tidak sengaja air mata Aaisyah menitis. Hatinya berasa sakit apabila dimalukan dihadapan rakan-rakanya. " Dah tak payah nak berdrama dekat sini.Pergi duduk dekat tempat awak sekarang!" sambung Prof.Amzar lagi. Aaisyah segera beredar dari situ dan mengambil tempat duduknya yang berada di sebelah kiri.

Keunikan Bumi Kenyalang, Sarawak




 Serawak, Malaysia juga dikenali sebagai buni kenyalang besempena dengan nama Burung Engang (Burug Kenyalang) yang menjadi simbol negeri tersebut. Oleh kerana burung Enggang sememangnya istimewa kerana hanya mendiami kawasan hutan pergunungan tebal yang jauh daripada penempatan manusia.

Walaupun terdapat beberapa spesis burung enggang, namun yang paling menjadi tumpuan adalah enggang badak ‘rhinoceros hornbill’ (Buceros rhinoceros) yang merupakan burung terbesar dalam kumpulan ini. Saiz enggang badak dewasa boleh mencapai kepada 91 – 122 cm (36 – 48 in) dengan berat antara 2 – 3 kg (4.4 – 6.6 lb). Namun begitu engggang badak bukanlah spesis yang hanya terdapat di Borneo kerana ia juga turut mendiami kepulauan Sumatera, Jawa, Semenanjung Malaysia dan Selatan Thailand.

Burung ini menjadi kebanggaan kebanyakan masyarakat di Sarawak dengan menjadikan bulu-bulu burung ini sebagai sebahagian peralatan hiasan mereka. Oleh kerana kawasan hutan yang luas di Sarawak, maka jumlahnya adalah lebih tinggi di negeri ini.

Selain daripada burung kenyalang tersebut, bumi Sarawak mempunyai keunikan tersendiri dengan keaslian muka buminya yang masih lagi kekal tanpa penerokaan berlebihan. Sehubungan itu, Sarawak mempunyai bilangan Taman Negara (National Park) yang jauh labih banyak dari negeri-negeri yang lain di Malaysia. Setiap Taman Negara ini mempunyai keunikan masing-masing yang merupakan tarikan utama Negeri Sarawak sejak sekian lama.



Merupakan taman istimewa sebagai pusat pemuliharaan Hidupan Liar – di mana haiwan-haiwan yang dibela secara haram ditempatkan sebelum dilepaskan semula ke habitat mereka yang sebenar. Di sini juga tarikan utamanya adalah Orang Utan, di mana ia dilepaskan di dalam kawasan terebut.

Terletak kira-kira 20 km daripada Bandar Kuching, taman ini mula di buka pada tahun 2000. Ia merupakan antara tarikan popular bagi para pengunjung kerana lokasinya yang berhampiran dengan bandar Kuching.

Wild Cave and Fairy Cave

Antara tarikan yang terletak berhampiran bandar Kuching juga merupakan gua yang dilengkapi dengan titian papan bagi memudahkan pengunjung melihat keunikan keadaan di dalam gua dimana keadaan stalactites dan stalagmites yang terbentuk melalui proses yang berkurun lamanya. Untuk menikmati pemandangan di dalam gua ini anda perlu menggunakan lampu suluh.
Terdapat sungai yang boleh dijadikan tempat untuk menyegarkan badan sekiranya anda meminati jeram di hutan. Antara kemudahan yang tersedia untuk melawat lokasi ini adalah tempat meletak kereta yang disediakan sehingga ke pintu masuk gua. Terdapat juga laluan titian papan untuk para pengunjung menikmati keindahan kawasan sekitar taman ini.

Taman Negara Bukit Lambir


Taman Negara Bukit Lambir merupakan antara kawasan yang mempunyai kepelbagaian flora dan fauna yang terpaling padat di dunia dengan keluasan 52 ha, daripada keseluruhan kawasannya iaitu 7,000 ha, terdapat sekitar 1,050 spesis pokok yang berbeza di mana setiap satunya menyokong kira-kira 1,200 spesis serangga.

Bagi yang meminati penjelajahan hutan pula bolehlah menyusuri trek yang mencabar untuk pendakian Bukit Lambir dengan ketinggian 465 meter yang memberikan anda pemandangan menarik keadaan hutan sekelilingnya. Terdapat juga menara setinggi 22 meter untuk memberikan anda lebih pengalaman dalam menghayati keunikan hidupan pada aras tersebut samada tumbuhan ataupun burung dan serangga.

Seperti juga di mana-mana taman negara sekitar Sarawak, di sini juga terdapat air terjun dan jeram yang boleh mengembalikan kesegaran anda selepas penat menjelajahi hutan tebal taman ini.
Terletak kira-kira 30 minit dari Miri iaitu bandar kedua terbesar di Sarawak, ia merupakan satu lagi taman negara yang mudah dikunjungi. Samada anda ingin melawatinya dalam tempoh sehari atau tinggal di kemudahan penginapan yang disediakan di pusat taman ini.

Similajau National Park

Similajau terletak 30 kilometer di Utara Bintulu. Ia merupakan kawasan taman yang meliputi persekitaran pantai dengan hidupan liar yang agak berbeza. Persisiran pantai taman ini merupakan pantai landai dengan pasir yang kuning keemasan. Selain itu juga ia merupakan kawasan perlindungan bagi buaya air masin yang biasanya akan menghabiskan masa menjemur badan di bawah matahari. Penyu turut menjadikan kawasan ini sebagai kawasan persinggahan mereka untuk bertelur, selain daripada haiwan-haiwan lain seperti babi hutan, monyet dan kera serta sekitar 185 spesis burung termasuk enggang dan helang laut.

Similajau merupakan kawasan yang sesuai bagi peminat pemerhati burung selain daripada haiwan-haiwan hutan yang lain. Keindahan Similajau boleh dinikmati melalui pantai mahupun menggunakan bot persiaran.

Batang Ai Hilton


Taman yang merangkumi kawasan tasik buatan manusia seperti juga Tasik Kenyir iaitu melalui pembinaan empangan hidro elektrik. Kawasan ini juga menjadi kawasan penempatan orang-orang Iban dengan rumah panjangnya.

Kawasan-kawasan penempatan orang Iban ini boleh dikunjungi dengan menyusuri sungai daripda tasik tersebut. Selain daripada menghabiskan masa di rumah panjang mereka, para pengunjung juga mungkin berpeluang untuk bersama-sama dengan mereka menyusuri hutan dan melihat suasana kehidupan Orang Utan.

Bagi pengunjung yang ingin menghabiskan masa di sini juga boleh memilih untuk tinggal di hotel yang diselenggarakan oleh syarikat perhotelan Hilton. Hotel yang menarik ini didirikan bercirikan rumah panjang di Sarawak sememangnya menjanjikan keselesaan.

Loagan Bunut National Park
Loagan Bunut merupakan tasik terbesar di Sarawak dengan keluasan 650 hektar. Ia adalah nama yang diberikan oleh orang-orang Berawan untuk tasik tersebut. Keunikan tasik ini adalah ia akan hilang sepenuhnya semasa musim kemarau yang kebiasaannya pada bulan Febuari sehingga Mei atau Jun.
Semasa tasik ini kering pelbagai haiwan dapat dilihat melewati kawasan berlumpur tasik ini termasuklah rusa, babi hutan, kancil, juga monyet dan kera yang mendiami kawasan hutan taman negara ini.

Orang-orang Berawan yang tinggal di persekitaran tasik ini menjadikan tasik ini sebagai salah satu sumber bekalan penangkapan ikan mereka. Menggunakan teknik yang dipanggil sebagai ‘selambau’ iaitu dengan menyauk ikan yang berpindah masuk ke tasik ini setiap kali berlaku perubahan paras pada air tasik.

Loagan Bunut terletak agak jauh ke pendalaman iaitu kira-kira 130 kilometer daripada Bandar Miri dan memerlukan kenderaan pacuan empat roda untuk sampai ke kawasan ini.


Taman Negara Mulu

Taman Negara Mulu merupakan sebahagian daripada kawasan yang diisytiharkan sebagai Warisan Dunia UNESCO sebagai kawasan semulajadi terindah menyediakan pelbagai pengalaman untuk diterokai termasuk rangkaian gua terbesar, ‘rock climbing’, ‘jungle trekking’, kayak, basikal lasak, jeram, juga penempatan penduduk asli yang masih kekal.

Keunikan rangkaian gua di Taman Negara Mulu ini antaranya adalah Sarawak Chamber dengan keluasan yang menakjubkan, manakala Gua Rusa yang mempunyai laluan terbesar dan sungai terpanjang di Asia Tenggara di dalam Clearwater Cave yang mencapai 108 kilometer.

Menjelang senja pula anda boleh menyaksikan jutaan kelawar yang terbang bagaikan sungai keluar daripada Deer Cave dalam perjalanan mereka keluar untuk mencari makanan.

Taman ini juga mempunyai flora dan fauna yang menarik termasuklah 15 kawasan hutan yang berbeza. Mengandungi ribuan spesis paku-pakis, kulat, lumut dan tumbuhan berbunga. Terdapat kira-kira 170 spesis orkid liar dan 10 spesis tumbuhan peiruk kera yang unik – dan juga tumbuhan-tumbuhan yang mungkin masih belum ditemui.



Antara kawasan yang paling menarik di Mulu National Park adalah Pinnacles yang terletak di Gunung Api yang terdiri daripada batu kapur berbentuk meruncing dikelilingi oleh kawasan hutan.
Semasa anda menerokai taman ini anda mungkin berpeluang untuk menemui sendiri masyarakat tempatan yang terdiri daripada Iban, Berawan dan juga Penan yang masih mengamalkan hidup berpindah randah.

Terdapat beberapa kemudahan untuk bermalam di kawasan Taman Negara Mulu termasuklah Royal Mulu Resort atau di kawasan-kawasan perkhemahan yang disediakan.


Gua Niah merupakan tempat yang paling popular menjadi penempatan manusia sejak 40,000 tahun yang lalu melalui peninggalan mereka yang terdapat di dalam gua tersebut. Ia merupakan kesan tinggalan tertua yang dijumpai di Asia Tenggara.

Kesan-kesan tinggalan ini masih lagi terdapat di dalam gua tersebut untuk memberi peluang kepada para pengunjung menyaksikan sendiri keunikan tinggalan penempatan tertua ini. Gambar-gambar di dinding gua juga keranda yang berbentuk perahu masih lagi dijaga dengan baik bagi tatapan pengunjung.

Ia adalah 2 jam perjalanan daripada Miri ataupun Bintulu kemudian melalui laluan papan menyusuri kawasan rendah di dalam hutan yang kaya dengan pelbagai burung dan rama-rama. Terdapat juga laluan menuju ke kawasan-kawasan lain termasuk penempatan orang-orang Iban.

Terdapat juga chalet-chalet dan asrama disediakan bagi yang perlu bermalam di sini untuk menikmati pelbagai keunikan penghuni hutan antaranya kelawar dan burung layang-layang yang pulang ke sarang. Anda juga mungkin berpeluang menikmati malam dengan bercahayakan cahaya bulan bersama bunyi-bunyian daripada penghuni hutan yang lain.


Begitulah sebahagian daripada keunikan yang boleh anda nikmati daripada Taman-taman Negara yang terdapat di Sarawak atau Bumi Kenyalang ini. Sebagai negeri terbesar di Malaysia yang masih lagi mengekalkan keaslian sebahagian besar daripada kawasannya dalam bentuk semulajadi. Namun daripada keaslian inilah yang menarik ramai pengunjung untuk merasai sendiri pengalaman, atau meneroka rahsia alam yang masih belum lagi diketahui umum. Bersama kita hargai keunikan ini untuk dimanfaatkan dengan sebaiknya.

sumber rujukan :

www.myrokan.com/2015/04/keunikan-bumi-kenyalang-sarawak.html

Saturday 11 March 2017

LATEST NOKIA





Nokia used to be one of the world’s biggest mobile phone manufacturers but it fell behind with the advent of iPhone and Android smartphones. In 2014, Nokia’s Devices and Services division was sold to Microsoft. In 2016, Finnish company HMD Global bought a part of Microsoft’s feature phone business and has a licensing agreement that allows it to make smartphones under the Nokia brand. Nokia's latest mobile launch is the 3310 (2017). The mobile was launched in February 2017. The phone comes with a 2.40-inch display with a resolution of 240 pixels by 320 pixels.

The phone packs 16MB of internal storage that can be expanded up to 32GB via a microSD card. As far as the cameras are concerned, the Nokia 3310 (2017) packs a 2-megapixel primary camera on the rear

The Nokia 3310 (2017) runs Series 30 and is powered by a 1200mAh removable battery. It measures 115.60 x 51.00 x 12.80 (height x width x thickness) .

The Nokia 3310 (2017) is a dual SIM (GSM and GSM) mobile that accepts Micro-SIM and Micro-SIM. Connectivity options include Bluetooth and FM.

can click this link to more information about NOKIA 3310 ( 2017 )

 http://gadgets.ndtv.com/nokia-3310-2017-4026

PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DI MALAYSIA


  • Secara ringkasnya kita dapati trend perkembangan komputer di Malaysia mengikuti apa yang berlaku di dunia luar oleh kerana secara amnya Malaysia menggunakan teknologi yang diimport.
  • Di akhir tahun 70an, minikomputer dan mikrokomputer 8-bit telah mula diperkenalkan dan banyak lagi organisasi yang telah menggunakan komputer di Malaysia.
  • IBM PC pada tahun 1981 diperkenalkan telah mempercepatkan impak komputer di kalangan masyarakat Malaysia.
  • Perkembangan ini membolehkan banyak industri mengautomatkan operasi harian mereka sehaluan dengan peningkatan kemudahan dan peralatan rangkaian yang berlaku di luar negara.


Komputer di Industri Perbankan

  • Industri perbankan merupakan sektor yang menggunakan teknologi maklumat paling meluas di Malaysia.
  • Pada mulanya, komputer digunakan bagi membantu aspek pengurusan dalaman dalam menguruskan rekod kewangan akaun pelanggan.
  •  Penggunaan mesin ATM merupakan permulaan IT yang menyeluruh. Penempatannya di kawasan lebuh raya, tempat kerja, pusat membeli belah, stesen minyak petrol dana sebagainya telah memberi lebih kesenangan kepada warga Malaysia.
  • Pembayaran bil juga dapat dilakukan di bank sama ada di premis mahu pun di mesin ATM. Lebih menarik sekarang telah mula diperkenalkan pembayaran bil melalui talian telefon dan laman web.
  • Faedah pelaburan di bidang IT mula mendapat pulangan kerana urusan perbankan menjadi bertambah efisyen.
  • Pengawalan oleh badan pengawal seperti Bank Negara dapat membantu meyakinkan pelanggan untuk berurusan dengan bank yang menggunakan IT.
  • Persaingan dari dalam dan luar negara juga menggalakkan bank untuk terus menggunakan IT sebagai tulang belakang perjalanan operasi organisasi mereka.


Telekomunikasi
  • Komunikasi merupakan satu kegiatan yang amat penting kepada organisasi dan individu dalam mengendalikan urusan harian mereka.
  • Penggunaan komputer pada mulanya bertujuan untuk memudahkan urusan pengebilan dan ini berkembang sejajar dengan apa yang berlaku di dunia luar.
  • Sektor telekomunikasi juga menyaksikan percantuman IT dengan komunikasi. Istilah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah diperkatakan.
  • Keseluruhan pengendalian saluran komunikasi membolehkan telefon berfungsi menggunakan ICT disamping perkhidmatan tambahan seperti SMS dan WAP semuanya berkemungkinan menggunakan IT.
Sektor Peruncitan
  • Bidang umum yang telah mula terdapat aplikasi yang kesannya dapat dikecapi oleh orang awam.
  • Pada masa ini, semakin banyak urusniaga yang mana ianya dilakukan dengan menggunakan teknologi maklumat. Ini termasuklah urus niaga di pasaraya, panggung wayang, tol plaza lebuhraya dan di pelbagai kenderaan awam.
  • Kebanyakannya menggunakan kad pintar.
Sektor Awam

  • Penggunaan komputer dalam mengurus dan menyediakan dokumen seperti kad pengenalan dan pasport serta urusan lain dalam pengutipan hasil kerajaan.
  • Pihak berkuasa seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kerajaan Tempatan, Pejabat Daerah, Polis Di Raja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan lain-lain agensi telah menggunakan komputer dalam melicinkan lagi urusan kutipan hasil mereka.
  • Perkembangan ini telah dibuat untuk memperbanyak dan mengemaskini maklumat yang disebarkan melalui pautan yang disediakan oleh laman web tertentu.
  • Perkembangan ini menjadi lebih teratur apabila Majlis Teknologi Maklumat Negara telah memainkan peranan mereka dengan menggubal apa yang disebut sebagai Agenda Teknologi Maklumat Negara (NITA).
  • Salah satu projek yang dirancang untuk mencapai matlamat NITA ialah Koridor Raya Multimedia (MSC) yang sedang giat dilaksanakan oleh Multimedia Development Corporation (MDC).

Rujukan  http://tuanzawari.blogspot.my/

KERJAYA DAN JAWATAN BIDANG SAINS KOMPUTER

Kerjaya Pilihan Lepasan Graduan Sains Komputer

Pernahkah anda semua terfikir apakah kerjaya pilihan anda sebagai pelajar Sains komputer? Di sini saya akan menjelaskan apakah kerjaya / pekerjaan pilihan lepasan graduan sains komputer dan IT sama ada IPTA atau IPTS.

Mengikut statistik dari Kementerian Pengajian Tinggi, bilangan graduan tersebut melebihi 25 000 orang dari tahun 2001 - 2007. Oleh itu, ramai di luar sana tertanya-tanya dan mempersoalkan apakah kerjaya graduan-graduan tersebut sedangkan pasaran kerja sekarang tidak menentu.

Mengikut laporan dari JobStreet.com [rujukan], pasaran kerja dalam industri IT, Komputer dan Pembangunan Sistem masih lagi mendapat 3 teratas selepas industri Pembuatan dan Elektronik.Ini menunjukkan bahawa peratus popular kerjaya graduan IT & Sains Komputer masih di tahap membanggakan bukan seperti yang diwarwarkan oleh media kebekangan ini.

Mengikut artikel JobStreet.com tersebut, industri pembuatan dan elektronik juga memerlukan kepakaran dari bidang IT atau Komputer. Oleh itu, inilah fakta yang patut dibanggakan seterusnya menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada graduan IT dan Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian, Bioinfomatik, Grafik, Komputer Industri, Sains Maklumat dan sebagainya).

Di sini disenaraikan apakah kerjaya / pekerjaan / jawatan pilihan lepasan graduan sains komputer dan IT :

1. Pengaturcara
Jawatan pengaturcara terdiri dari beberapa istilah contohnya (sumber dari JobStreet.com) Software Developer, Java Developer, .Net Expertise, Web Developer, Multimedia Programmer, Software Engineer (Electronic) dan sebagainya. Bakal pemohon jawatan tersebut perlulah mempunyai kemahiran satu atau dua bahasa aturcara. Anda tidak perlu mahir semua bahasa aturcara dan pemikiran logik serta algoritma perlu tinggi (soft skill pun kena mantap ) untuk melepasi kelayakan dalam temuduga terutamanya syarikat swasta.

2. IT Eksekutif

Jawatan ini sesuai kepada lepasan graduan yang mahir dalam merekabentuk dan menganalisis sesebuah pembangunan sistem. Kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan amat penting kepada seorang bakal IT Eksekutif. Penampilan yang menarik dan mahir bahasa asing (bahasa Inggeris, Mandarin atau Jepun) merupakan bonus dan mempunyai peluang cerah dalam bidang kerjaya tersebut.

3. Jurutera Rangkaian
Lepasan graduan pengkhususan rangkaian adalah digalakkan memohon jawatan ini. Sijil kemahiran dari badan profesional seperti CCNA certificate, Linux Red Hat certificate, dan sebagainya amat diperlukan bagi mendapat tempat di syarikat multinasional (Petronas, Shell, PNB, Sime Darby dan Proton Holdings). Memasang rangkaian, router, switch, kabel dan sebagainya pada sesebuah kawasan serta konfigurasi server di sesebuah syarikat adalah antara kerjaya sebagai jurutera rangkaian.

4. Perekabentuk Grafik, Multimedia dan Animasi

Graduan lulusan grafik dan multimedia perlulah mempunyai pemikiran kreatif dan kritis dalam merekabentuk grafik atau animasi. Sejak kebelakagan ini, industri animasi tempatan (Les Copaque - Ipin Upin atau MDC - Saladin.tv) semakin berkembang dan amat memerlukan graduan animasi, grafik dan multimedia. Mahir penggunaan perisian grafik (Adobe CS suite, Flash, MAYA, LightWave 3D dan sebagainya) dan mempunyai imaginasi yang tinggi melayakkan anda mendapat jawatan ini.

5. Pegawai Teknologi Maklumat

Jawatan popular dalam kerajaan bagi graduan lepasan sains komputer dan IT . Anda perlu memohon jawatan tersebut dari laman sesawang SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam). Memerlukan kemahiran berkomunikasi, menganalisis, bijak membuat keputusan dan bertindak dengan efisyen. Mengetahui asas-asas pengaturcaraan, rangkaian dan sistem maklumat.

Jadi berusaha dan bertawakallah dalam usaha mencapai kerjaya yang anda impikan.Kita kena berusaha di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja. Jangan menunggu rezeki datang bergolek terus kepada kita.


 

TAJUK 4 PENGURUSAN MURID

RUMUSAN PENGURUSAN MURID Umumnya, pengurusan bermaksud   proses sosial yang dibentuk untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campur...