Saturday, 1 April 2017

Muhasabah hati

 'Kita akan diuji dan terus diuji I '




Tika pena berlari di atas sebuah kanvas kosong, terasa hati ini seperti itulah jua.Kosong.
Kosong bukan bermakna tidak ada.Bukan pula bermakna tidak sedar.Diri ini masih tersedar.Cuma ingin dikosongkan fikiran daripada semua masalah-masalah yang datang menjengah.Tanpa henti. Ujian itu akan terus mengelilingi.Sungguh, hidup ini tidak akan pernah sunyi daripada namanya ujian.Kerana ujian itu perlu.Kerana ujian itu pasti.Kerana manusia itu perlukan ujian.Biarpun diri tidak mampu, biarpun hati tidak mahu tetapi ALLAH Maha Tahu kita perlu diuji.Untuk setiap kata yang dilafazkan. Apakah ia benar seperti yang dikata-katakan?Untuk setiap perbuatan yang diamalkan. Apakah ia sudah mencapai darjah keikhlasan?
Semuanya perlu diuji….

 “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (al-Ankabut: 2-3)

No comments:

Post a Comment

TAJUK 4 PENGURUSAN MURID

RUMUSAN PENGURUSAN MURID Umumnya, pengurusan bermaksud   proses sosial yang dibentuk untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campur...