RUMUSAN PENGURUSAN MURID
Umumnya, pengurusan bermaksud proses sosial yang dibentuk untuk memberikan
kerjasama, penglibatan, campur tangan dan penyertaan orang lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan
terhadap sesuatu objektif yang telah ditetapkan.
Manakala, murid pula bermaksud seseorang yang menuntut ilmu, orang atau
anak yang sedang belajar atau berguru di sesebuah sekolah. Pengurusan
didefinisikan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan
cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan
dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh
pelanggan supaya objektif organisasi tercapai.
Memotivasikan murid merupakan bantuan
yang dilakukan melalui guru terhadap muridnya dengan melafazkan kata-kata
semangat kepada murid untuk sentiasa bersungguh-sungguh dalam mencapai
cita-cita mereka. Motivasi
pula ialah penggerak yang melibatkan proses membangkit, mengekal dan mengawal minat
(Bernard, H.W. 1965 dalam Kamaruddin Hussin, 1993). Motivasi sangat penting
dalam proses pengajaran
dan pembelajaran kerana ia dapat menentukan hala tuju dan keberkesanannya. Terdapat dua
jenis peneguhan motivasi iaitu sama ada positif atau negatif. Peneguhan positif
adalah mendorong para murid untuk mencapai matlamat dan hasil pembelajaran yang
ditetapkan oleh guru. Misalnya, memberi pujian atau penghargaan
kepada murid dengan satu gelaran yang
baik. Manakala, peneguhan negatif pula, dapat membantu mengelakkan tingkah laku
negatif yang boleh menghalang kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran
seperti mengasingkan tempat duduk murid
yang mempunyai masalah dalam tingkah laku.
Kaedah dalam menguruskan
rekod murid. Sistem maklumat murid berkomputer
Sistem ini diperkenalkan pada tahun
2000. Ia mengandungi maklumat senarai rekod kesihatan murid, rekod rancangn
makanan tambahan (RMT), rekod skim pinjaman buku teks, rekod kedatangan harian, dan kemudahan mendaftar untuk murid. Dikenali sebagai sistem
maklumat murid (SMM). Selain
itu, Pentaksiran berasaskan sekolah Pentaksiran berasaskan sekolah dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksiran dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran
secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran
berasaskan sekolah perlu dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang
mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia agar dapat
meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan.
Seterusnya, Sistem laporan adab belajar. Sistem
laporan dilaksanakan di sekolah pada bulan Januari 2004 ekoran daripada cadangan Kementerian Pendidikan (2003). Ia bertujuan
untuk menilai murid bukan sahaja dari
segi pencapaian akademik malah mereka
perlu dinilai secara keseluruhan iaitu merangkumi aspek perkembangan emosi dan tingkah laku. Sebagai medium untuk melaporkan dengan lebih
komprehensif berdasarkan penilaian yang dilakukan secara menyeluruh
terhadap setiap murid. Penilaian ini
dilakukan oleh guru kelas dan guru mata pelajaran.
Tuntasnya, pengurusan
rekod murid merupakan sesuatu yang amat penting dalam sesebuah sekolah kerana melalui pengurusan rekod ini sesuatu pentadbiran di sekolah dapat berjalan dengan lancar. Tambahan pula, setiap
komuniti sekolah memainkan peranan yang penting dalam
penjagaan rekod murid. Hal ini kerana, rekod murid merupakan cara
terbaik dalam membentuk sahsiah murid ke arah yang lebih baik dan mampu meningkatkan prestasi
akademik mereka dengan lebih cemerlang serta berkesan. Oleh itu, para guru dan
ibu bapa perlulah bersama-sama bertanggungjawab
dalam membantu pihak sekolah
dalam menguruskan rekod pengurusan murid. Pengurusan
murid merupakan satu bidang yang penting
disekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya si sesebuah sekolah tersebut akan
mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan
sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan
fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna dapat membantu murid mengatasi
masalah pembelajaran yang telah di kenal pasti pada
peringkat awal. Melalui tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid dalam meningkatkan kemajuan dalam pembelajaran.
PETA MINDA
KERATAN AKHBAR
RUJUKAN
Edward L. Thorndike.
(1913). The Original Nature of Man. Columbia: Teachers College,
Columbia University, New York.
Hafizzul. (2018,
November 14). BAB 5: PENGURUSAN MURID. Retrieved from
http://mrhafizzul.blogspot.com/2018/11/nanti-baca-lerr-bab-5-pengurusan-murid.html
Mohd Zaaba, & Zuraida i.
(2000). Psikologi Pembelajaran dan Personaliti.
Malaysia: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd